Saya Tahu Ramai Anak Jawa Yang Teringin Bertutur Bahasa Jawa
Tapi
Ia bermula kerana kita tak faham bila orang lain cakap bahasa Jawa dengan kita...
Sebab kita nih kekurangan vocabulary bahasa Jawa. Tapi tak tahu nak cari perkataan Jawa tuh kat mana...
Sebab kita memang membesar menggunakan bahasa Melayu / Inggeris jer di rumah. Selalu jer dengar Nenek & Atuk guna bahasa Jawa, tapi tak pernah try sendiri nak guna bahasa Jawa.
Nak bersembang, kawan-kawan kita pun menghadapi masalah yang sama seperti kita.
Rasa kekok nak mulakan bertutur bahasa Jawa dengan kawan-kawan.
Semakin kita menginjak dewasa, kita perhatikan ahli keluarga kita yang boleh bertutur bahasa Jawa makin berkurang.
Nenek & Atuk dah tak ada. Timbul rasa rugi & menyesal sebab tak belajar bahasa Jawa dulu dengan mereka.
Dah dapatkan buku Yok Ngomong Jowo! Tapi still tak ada masa nak baca.
Akhirnya, kita pun jadi kurang yakin untuk bertutur dalam bahasa Jawa
Punca Sebenar Masalah Ini Adalah Kerana...
Saya pernah bertanya peserta workshop, kenapa keluarganya tidak guna bahasa Jawa? Jawapannya mengejutkan saya
Bahasa Jawa tiada nilai komersial
Kita ada tendency untuk mengaitkan sesuatu dengan duit. Perkara yang tidak menghasilkan duit, bagi kita ia kurang penting dan kurang bernilai.
FYI, Keluarga bahasa Austronesia merupakan antara keluarga bahasa terbesar di dunia (lebih tepatnya : kelima terbesar di dunia).
Bahasa Jawa merupakan bahasa dengan penutur terbesar dalam keluarga bahasa Austronesia.
Walaupun penuturnya ramai, bahasa Jawa tidak memiliki status rasmi dimana-mana negara termasuk di Indonesia.
Di Malaysia, Ethnologue pernah meletakkan bahasa Jawa statusnya sebagai "Moribund" - yang bermaksud hampir pupus.
Iya, memang benar secara politiknya bahasa Jawa tidak memiliki posisi yang sama seperti bahasa Melayu. Tetapi bahasa Jawa memiliki potensi besar.
Bahasa Indonesia sendiri berkembang pesat salah satunya adalah kerana sumbangan jumlah besar populasi masyarakat Jawa & Sunda yang menuturkan bahasa tersebut.
Jadi ia terpulang pada kita, sama ada kita mahu menunggu bahasa tersebut memiliki nilai komersial baru kita mahu mempelajarinya ataupun kita turut sama menyumbang untuk menaikkan nilai bahasa tersebut.
But first, ubah mentaliti kita terlebih dahulu.
Saya juga ada buat survey tentang bahasa Jawa. Ini adalah antara jawapan yang saya terima.
Ramai yang merasakan identiti kita sebagai "Berbangsa : Melayu & Berketurunan : Jawa" menyebabkan kita rasa tak apa jika kita kehilangan bahasa Jawa.
Tak apa lah hilang bahasa Jawa, bahasa Melayu kan masih ada lagi
Apa itu "Rumpun Melayu" ataupun "Bangsa Melayu"?
Ia bukan hanya merujuk kepada etnik Melayu. Tetapi Rumpun Melayu = Penutur Bahasa Austronesia
Dengan menyempitkan "Rumpun Melayu" hanya kepada "bahasa Melayu", kita berpotensi untuk kehilangan lebih 1200 bahasa yang terdapat di dalam keluarga bahasa Austronesia.
Di Malaysia, masyarakat Jawa tiada Sekolah Jenis Kebangsaan Jawa (SJKJ) sepertimana masyarakat Cina (SJKC) dan juga Tamil (SJKT).
Bahasa-bahasa etnik di Malaysia juga majoritinya tidak ditawarkan sebagai matapelajaran di mana-mana institusi pengajian.
Tidak seperti bahasa asing (Inggeris & Arab). Jadi sebab itu kita akan lihat orang Jawa Malaysia ramai yang lebih fasih berbahasa Inggeris dan Arab berbanding bahasa ibundanya sendiri.
Bahasa perlu dipelajari. Bahasa tidak diwarisi secara automatik.
Hanya kerana saya anak Jawa, tidak semestinya saya secara automatik boleh terus bertutur bahasa Jawa sejak lahir.
Supaya bahasa dapat diwariskan, ia perlu melalui medium pendidikan. Berkomunikasi dengan anak-anak juga merupakan sejenis didikan tidak formal.
Tetapi jika dapat diwujudkan pembelajaran formal tentang bahasa Jawa, hasilnya pasti jauh lebih baik.
Ramai ibu-bapa yang tidak mendedahkan anak mereka kepada bahasa Jawa sejak kecil atas faktor bimbang anak-anak ketinggalan ketika di sekolah nanti.
Jadi masyarakat Jawa Malaysia umumnya hanya terdedah kepada bahasa Jawa hanya sekiranya kita memang tinggal di dalam komuniti Jawa ataupun ketika pulang ke kampung sahaja.
IMPLIKASINYA
kepada generasi sekarang dan masa yang akan datang
Pepatah Melayu ada menyebut
Bahasa Jiwa Bangsa
Bahasa mengandungi "jiwa" sesebuah bangsa.
Terdapat pelbagai budaya serta makanan Jawa yang kita masih nikmati sehingga hari ini. Tetapi kita tidak lagi menganggap perkara tersebut adalah sebahagian dari budaya serta makanan Jawa.
Contohnya, masyarakat Melayu Negeri Sembilan biasanya melakukan kenduri bersempena menyambut kedatangan Ramadan yang disebut sebagai "mantai". Apa istilahnya dalam bahasa Jawa?
Kehilangan istilah ini dalam kosakata kita lama kelamaan mengakibatkan krisis jatidiri sehingga orang Selangor biasanya dianggap "tiada budaya yang istimewa" sepertimana negeri-negeri lain di Malaysia.
Sebahagian orang Jawa Malaysia menganggap bahasa Jawa adalah bahasa asing kerana dari kecil memang tidak didedahkan dengan bahasa Jawa.
Bukan sahaja begitu, malah orang yang memang bertutur bahasa Jawa sejak kecil pun merasakan ragam tertentu bukanlah "miliknya".
Kita menyempitkan "bahasa Jawa milik kita" hanyalah pada versi bahasa Jawa yang kita pernah dengar dari datuk nenek kita sahaja.
Kita tidak boleh nafikan yang orang Jawa ini memang berasal dari Pulau Jawa yang terletak di Indonesia sekarang ini.
Malah, masyarakat Jawa di luar Indonesia (Malaysia, Singapura, Suriname, Belanda & New Caledonia) biasanya disebut sebagai "Diaspora Jawa".
Tetapi bertutur dalam bahasa Jawa tidak menjadikan kita warganegara Indonesia. Sama seperti rakyat Indonesia yang menuturkan bahasa Melayu, sama sekali tidak akan mengubah taraf kerakyatan mereka.
Mahukah kita bahasa Jawa menerima nasib yang sama sepertimana bahasa Sanskrit?
Inilah juga kebimbangan ramai orang Jawa yang saya temui.
Apa Yang Spesial Sangat Dengan Workshop Bahasa Jawa Ini?
Kami faham, kita semua sibuk sekarang ini. Kita tak ada masa nak baca buku, nak menghadam pula isi kandungan, kemudian baru nak aplikasikan.
Dalam Workshop ini, kita akan terus belajar bina ayat yang kita hendak gunakan untuk berkomunikasi.
Sebaik saja kita melangkah keluar dari Workshop ini, kita dah mampu untuk membina ayat sendiri dalam bahasa Jawa dan menuturkannya.
Pernah nampak tak gambar macam kat bawah nih?
Kita tak perlukan sebulan!
Hanya 2 jam sahaja dan kita dah boleh mandiri (berdikari) bina ayat-ayat asas dalam bahasa Jawa.
Kenapa lebih pantas? Sebab ada feedback system dimana kita boleh bertanya dan dapatkan jawapan terus.
Kalau kita belajar sendiri, kita berkemungkinan boleh stuck dalam fasa yang sama bertahun-tahun.
Saya sendiri dahulu tidak tahu macam mana nak bertutur dalam bahasa Jawa. Kemudian "I have learnt the ropes" - the hard way.
Saya akan kongsikan tips & trick yang saya sendiri pernah lalui dahulu daripada langsung tak boleh bertutur sehingga mahir bertutur bahasa Jawa - the easy way.
Tools disediakan, tapi masih perlu attend Workshop.
Cuba bayangkan, ada orang beri kita JCB. Tapi kita tak tahu macam mana nak kendalikan. It takes years untuk jadi mahir kalau kita belajar sendiri. But it is still possible.
Sama seperti belajar bahasa Jawa. Kita sebenarnya boleh saja belajar sendiri. Saya sudah sediakan manual pun dalam bentuk buku Yok Ngomong Jowo!
Tapi masih ramai yang mengadu tak sempat baca.
Tapi sebelum anda sertai workshop ini, boleh cuba dahulu panduan langkah-demi-langkah ini. FREE jer!
Kita akan dibimbing untuk bina ayat sendiri dalam bahasa Jawa.
Bahasa Jawa yang akan diperkenalkan adalah bahasa Jawa Kasar (Ngoko) dan juga Halus (Krama) sekaligus.
Ini adalah langkah pertama (level 1) untuk mengembalikan semula "Jiwa Jawa" ke dalam sanubari kita anak keturunan Jawa Malaysia.
Bahasa Jawa Johor ke Selangor?
Soalan ini tak relevan sebenarnya, sebab bahasa Jawa yang dituturkan orang Jawa Selangor & Johor sama saja sebenarnya.
Antara faktor kita tidak yakin untuk bertutur bahasa Jawa adalah kerana takut diejek atau dibetulkan kalau salah sebut.
Jadi kita akan kongsikan cara mudah untuk memastikan sebutan kita tepat sebagaimana sebutan orang Jawa yang sebenar.
“Give a man a fish, and you feed him for a day; teach a man to fish and you feed him for a lifetime.”
Kita akan beri sumber rujukan, tools serta cara yang diperlukan untuk menguasai Jawa supaya kita boleh belajar dan buat sendiri secara berdikari.
Saya sudah melatih lebih 100 orang warga Jawa Malaysia untuk bertutur bahasa Jawa. Ramai yang mampu untuk lakukan 3 perkara yang diatas tetapi "kantoi" bab confidence!
Dalam Workshop ini kita bukan saja nak para peserta memiliki tools & skills tersebut. Tapi digunakan.
Buat apa ada power tools mahal-mahal bagai, tapi simpan bawah katil jer? Ada tugas yang kita akan berikan, supaya kita bukan sahaja mahir.
Tetapi yang lebih penting, BERANI!
TIDAK SEMUA ORANG SESUAI SERTAI WORKSHOP INI
Kerana Kita Akan Keluar Dari Comfort-zone Kita
Ini Apa Yang Kita Akan Rasa & Lalui...
Ini Jawa apa? Aku tak pernah dengar pun!
Ini Jawa ke? Kenapa aku tak faham?
Ini yang saya sendiri rasai waktu mula-mula belajar bahasa Jawa. Kerana bahasa Jawa Halus contohnya, memang hanya digunakan generasi datuk saya saja.
Dan saya sendiri belum lahir ketika datuk saya meninggal dunia. Jadi saya awalnya tak boleh nak relate dengan kehidupan pada zaman tersebut serta bahasa Jawa yang digunakan ketika itu.
Mas Hasan, selama saya bercakap bahasa Jawa saya tak pernah dengar perkataan ini. Lain dan pelik betul
Orang yang boleh bertutur bahasa Jawa sendiri sikit-sikit pun, biasanya memang akan terasa pelik dan ganjil dengan kosakata bahasa Jawa Halus yang mereka baru pertama kali jumpai.
Apatah lagi bagi kita yang totally start from ZERO! Kadang-kadang perkataan asas pun boleh buat kita ternganga...
San, Jawane kita ki beda ya...
Ini yang paling normal saya temui bila berhadapan dengan orang yang bertutur dengan cara yang sedikit berbeza dengan saya.
Kadangkala perbezaannya cuma pada satu - dua perkataan yang digunakan sahaja, tetapi mereka menganggap seolah itu perbezaan yang sangat besar.
Sedangkan jika dengan sedikit ilmu (kalau kita belajar), kita mungkin akan menyedari bahawa itu hanyalah perbezaan ragam (Ngoko vs Krama) ataupun perbezaan dialek (Ngapak vs Mataraman) sahaja.
Contohnya, orang Kelantan guna perkataan "Ambo" manakala orang Terengganu pula guna "Ambe". Manalah nak sama dengan orang KL yang guna perkataan "saya / aku".
Saya sendiri pernah back-off dari belajar selama beberapa minggu untuk persoalkan diri saya sendiri. Antara soalan yang saya tanyakan
• Kenapa tak sama dengan yang biasa kita dengar?
• Kenapa Mak Abah tak pernah guna?
• Betul ke apa yang aku belajar nih?
• Kenapa rasa macam masuk unknown territory dan rasa tak selesa?
"You never change your life until you step out of your comfort zone; change begins at the end of your comfort zone." — Roy T. Bennett.
Benda kita baru belajar, memang akan terasa asing dan buat kita rasa kurang selesa.
Pernah tak dengar PMX guna istilah "Dasawarsa", "Kemitraan", "Tiwikrama", "Kesenjangan" dsb?
Seumur hidup, pernah tak kita dengar Mak Ayah kita pakai? Mestilah TAK PERNAH!
Begitu juga dengan bahasa Jawa, tidak semua perkataan pernah digunakan orang tua kita. Tapi ia wujud di dalam kesusasteraan bahasa Jawa.
Setelah merenung dalam, ini yang berada dalam fikiran saya...
"Twenty years from now, you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do." - Mark Twain
Daripada 1000 perkataan dalam kamus (contohnya), datuk nenek kita mungkin cuma menguasai sebahagian sahaja (500 saja contohnya).
Yang diwariskan ke Mak Ayah kita pula, mungkin cuma 250 sahaja. Jika kita tidak menggali apa yang telah hilang, kita mungkin akan kehilangan kesemuanya suatu hari nanti.
RESULT SETELAH JOIN WORKSHOP BAHASA JAWA
Usah percaya saya, lihat sendiri result-nya...
MEMPERKENALKAN
Speaker Workshop Bahasa Jawa Kita
Sewaktu kecil, kami tinggal serumah bersama nenek (Embah).
Embah biasanya akan bertutur dengan Mak & Abah menggunakan bahasa Jawa. Manakala kami adik-beradik dibesarkan menggunakan bahasa Melayu.
Bahasa Jawa tidaklah asing pada kami. Kami faham perbualan asas bahasa Jawa tapi segan untuk menuturkannya.
Saya mula mempelajari semula bahasa Jawa pada tahun 2015 secara online.
Journey tersebut telah mencabar preconceived notion yang saya miliki tentang bahasa Jawa.
Saya juga merupakan penulis buku Yok Ngomong Jowo!
Satu-satunya buku panduan belajar asas bahasa Jawa yang ditulis dalam bahasa Melayu Malaysia.