Ucapan Asas Bahasa Jawa Yang Jarang Digunakan di Malaysia
Ada beberapa istilah ataupun ucapan asas dalam bahasa Jawa yang kurang digunakan oleh orang Jawa di Malaysia.
Tapi bila difikir-fikir balik, ketika kita bertutur menggunakan bahasa Melayu pun kita jarang gunakan ucapan ini.
Kalau kita gunakan pun, ianya dałam konteks formal iaitu ketika di sekolah dahulu.
Disebabkan bahasa Jawa di Malaysia sering digunakan dalam konteks tidak formal (informal), maka tak hairan lah kalau ramai orang Jawa Malaysia yang tak pernah dengar istilah berikut.
MEMPERKENALKAN
4 Istilah Asas Bahasa Jawa
Sugêng enjing bermaksud selamat pagi.
Sugêng siyang bermaksud selamat siang ataupun tengahari.
Sugêng sontên bermaksud selamat petang. Petang ini basically sela waktunya selepas siang sehingga waktu maghrib.
Dan yang terakhir adalah sugêng dalu yang bermaksud selamat malam.
Jom kita rujuk kamus bahasa Jawa ringkas di bawah ini 👇
Selamat (Bahasa Melayu)
Slamêt (Ngoko)
Wilujêng (Krama)
Sugêng (Krama Inggil)
Pagi (Bahasa Melayu)
Esuk (Ngoko)
Enjing (Krama)
Siang (Bahasa Melayu)
Awan (Ngoko)
Siyang (Krama)
Petang (Bahasa Melayu)
Sore (Ngoko)
Sontên (Krama)
Malam (Bahasa Melayu)
Bêngi (Ngoko)
Dalu (Krama)
Mungkin ada yang tertanya, kenapa tak guna "slamêt esuk" atau ragam yang Ngoko sahaja? Tak familiar lah dengan istilah baru nih. Tak pernah dengar pun embah guna dulu...
Jom kita cuba lihat dari perspektif yang berbeza, iaitu dari perspektif bahasa Inggeris.
Well, Good Morning!
Dalam bahasa Inggeris, kita biasa gunakan "good morning" untuk ucapan "selamat pagi".
Kenapa kita tak gunakan istilah "fine morning" ataupun "well morning"?
Fine & Well itu kan synonymous bagi Good.
Walaupun "fine" & "well" adalah sinonim bagi perkataan "good" tetapi ia bukanlah istilah yang tepat (baku) yang digunakan oleh penutur jati bahasa Inggeris.
Begitu juga konsepnya dalam bahasa Jawa.
Lagipun, konteks kita mengucapkan ucapan selamat ini biasanya dalam konteks formal dan mungkin juga dihadapan orang yang lebih tua berbanding kita dan juga orang yang kita hormati.
Maka sebaiknya kita gunakan istilah yang halus iaitu "wilujêng" ataupun yang paling baik adalah "sugêng".
Boleh tonton video berikut, terdapat lagu tentang istilah asas yang digunakan orang-orang Jawa sehari-hari.
Melalui lagu ini, insyaAllah moga-moga kita akan lebih mudah untuk ingat dan familiarise ourself dengan 4 istilah tersebut.
Member discussion