4 min read

Tak Sangka Yang Nama Anak Haiwan Dalam Bahasa Jawa Ini Rupanya Biasa Kita Dengar...

Tak Sangka Yang Nama Anak Haiwan Dalam Bahasa Jawa Ini Rupanya Biasa Kita Dengar...

Salah satu keunikan bahasa Jawa ini adalah very detailed. Contohnya, kebanyakan haiwan dalam bahasa Jawa ada nama yang khusus.

Bukan hanya untuk dirinya sahaja tetapi juga untuk nama-nama anaknya.

Untuk describe perkara yang sama dalam bahasa Melayu, kita biasanya hanya letak "anak [nama haiwan]" di hadapannya saja. Contohnya;

Bahasa Melayu

🔥 Anak Gajah
🔥 Anak Harimau
🔥 Anak Nyamuk

Tetapi tau tak?

Ada beberapa nama anak haiwan yang ada dalam bahasa Jawa ini yang sebenarnya tidak asing namanya (istilahnya) dalam bahasa Melayu.

Waktu mula-mula tau tentang konsep ini dalam bahasa Jawa, rasa menarik dan impressed jugak.

Tapi, fakta yang terakhir sekali tuh yang paling mind-blown... 🤯

NAMA ANAK HAIWAN

Yang Kita Pernah Dengar Istilahnya

Pertama

Biasa kan dengar perkataan 'kampret'? Lahh, rupanya anak kelawar.

Biasanya dalam bahasa Melayu, kita gunakan perkataan 'kampret' ini sebagai sebuah panggilan ataupun makian yang tidak berapa kasar.

Contohnya;

Kampret betul budak nih. Orang suruh beli makanan, kemain lama tak balik-balik. Rupanya dia blah terus!

Kedua

'Jentik-jentik' nih kan anak nyamuk biasa kat kawasan air bertakung tuh.

What? As simple as that?

Padahal kita dah well-aware kot tentang kitaran hidup nyamuk nih - telur, larva, pupa & dewasa - dimana larva inilah yang dikenali sebagai jenthik.

Tapi itulah, tak terfikir pun kan? Haha

Ketiga

Orang Melaka mesti biasa dengar 'Udang Geragau' (Grago) kan?

Udang Geragau ini adalah udang yang kecil-kecil tuh yang biasanya digunakan untuk buat cencalok yang famous kat Melaka tuh.

Rupanya itu adalah nama bagi anak udang. 😅

Keempat

Pacêt (Jawa) atau 'pacat' (bahasa Melayu) adalah anak lintah!

Walaupun kita boleh argue, ada kajian yang menunjukkan terdapat perbezaan antara pacat & lintah. Tapi mereka masih serumpun!

Tapi macam tak terjangkau dek akal macam mana pada zaman dulu nih, orang Jawa mampu untuk simplify benda nih dan berikan nama yang khas untuk describe anak-anak haiwan ini.

Kelima

Yang ini mungkin orang tak biasa dengar. Tapi bila diterjemah ke bahasa Melayu, mungkin ia akan mula make sense.

'Gundhik' tuh macam 'gundik' (isteri tidak rasmi) lah dalam bahasa Melayu ataupun merupakan ratu anai-anai jika diterjemah dari bahasa Jawa.

Perasan tak?

Bila time nak hujan ribut biasanya, mesti kat tempat-tempat berlampu di rumah kita akan penuh dengan kelekatu (laron) kan?

Rupanya, laron ini merupakan anak-anak (rakyat) kepada ratu anai-anai (gundhik) nih tadi yang cuba untuk membina koloni baru. Hmm gitu rupanya cerita dia.

Dah dewasa nih baru nampak kaitannya antara anai-anai dan kelekatu. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh tonton video berikut 👇

Tapi korang tau tak?

Sebahagian orang Jawa di Indonesia ada yang mengumpul laron nih, kemudian diayak-ayak untuk buang sayapnya.

Laron ini kemudiannya digoreng bersama rempeyek bagi menggantikan ikan bilis. Jadi makanan rupanya. Kaya protein pulak tuh.

Kat Malaysia nih membazir jer kita sapu terus buang.

Rasanya gurih lhå! Angkat tangan siapa yang pernah rasa. Hahaha

Kalau tak pernah rasa, siapa yang berminat nak cuba? 🤭

FLASHCARD HAIWAN

Dalam Bahasa Jawa

Alright, jadi bagi para pembaca yang berminat untuk mendapatkan digital flashcard tentang haiwan dalam bahasa Jawa, boleh download di bawah ini 👇

Nama Haiwan Dalam Bahasa Jawa Ngoko

Nama Haiwan Dalam Bahasa Jawa Krama

Nama Anak Haiwan Dalam Bahasa Jawa