5 min read

Orang Jawa Malaysia Patut Belajar dari Sejarah Masyarakat Okinawa

Saya terjumpa posting di X (twitter) berkenaan bahasa Okinawa.

Masyarakat Okinawa ini pada asalnya tidak bertutur menggunakan bahasa Jepun sehinggalah lebih kurang 130 tahun yang lepas.

Masyarakat Okinawa memiliki bahasa yang berbeza dengan bahasa Jepun yang dikenali sebagai "Uchinaaguchi" (saya tak pasti tentang ketepatannya).

Malangnya, masyarakat Okinawa telah di-diskriminasi kerana menggunakan bahasa tersebut.

Kini, majoriti mereka telah berpindah menggunakan bahasa Jepun.

Tweet berkenaan diskriminasi yang dihadapi masyarakat Okinawa
Gambar penduduk asal Okinawa yang memakai sign 'I spoke in dialect'

Ini adalah taktik yang digunakan untuk menyisihkan dan mendiskriminasi masyarakat Okinawa yang menggunakan bahasa mereka sendiri.

Iaitu dengan memaksa mereka menggunakan tulisan bergantungan di leher mereka yang tertulis 'saya bertutur dalam dialek'.


Bagi yang kurang tahu tentang kedudukan Okinawa. Okinawa ini merupakan kawasan kepulauan di bawah penguasaan Jepun.

Lokasinya terletak di bahagian selatan Jepun ataupun di sebelah timur negara Taiwan & China. Kita boleh tengok melalui peta dibawah untuk melihat dengan lebih jelas kedudukan Wilayah Okinawa.

Okinawa ยท Japan
Japan

Kalau kita telusuri sejarah, terdapat hubungan diantara Kerajaan Melayu Melaka dengan Kerajaan Ryukyu yang berpusat di Okinawa.

Hubungan ini dibuktikan melalui sepucuk surat yang dikirimkan oleh Laksamana Melaka kepada Raja Ryukyu tentang kapal yang terdampar di Chio-Chih ataupun Annam Utara.

Ryukyu ini merupakan nama lama bagi Okinawa.

Untuk membaca lebih lanjut tentang perkara ini, mungkin boleh cari rujukan lain. Bukan ini yang saya ingin bahaskan.

BAHASA SERUMPUN

Ada juga yang mendakwa bahasa Jepun dan bahasa yang digunakan di Okinawa ini merupakan bahasa yang serumpun.

Bahasa Okinawa berkongsi akar dengan bahasa Jepun Kuno

Mungkin untuk senang faham dan relate, saya buat perbandingan antara bahasa Jepun - Okinawa dengan bahasa Melayu - Jawa.

Bahasa Jepun & bahasa Okinawa merupakan bahasa yang serumpun (rumpun Japonic).

Sama seperti bahasa Melayu & bahasa Jawa yang juga serumpun (rumpun Austronesia).

Jika orang Melayu menghadapi kesukaran untuk memahami bahasa Jawa, begitu juga halnya dengan orang Jepun yang kesukaran untuk memahami (not mutually intelligible) bahasa Okinawa walaupun bahasanya memiliki akar yang sama.

Senang cerita, bayangkan bahasa ini seperti pokok.

Bahasa yang serumpun ini memiliki akar yang sama. Tetapi sudah berkembang dengan cabang dan ranting masing-masing sehingga tidak lagi saling difahami.

Mungkin cabang yang sebelah ini jadi durian Musang King, manakala cabang yang sebelah lagi jadi durian Blackthorn.

Penggunaan bahasa Jepun sebagai bahasa pemersatu / kebangsaan

Dan kerana dominannya budaya dan bahasa tertentu, bahasa tersebut telah diambil menjadi bahasa pemersatu ataupun bahasa kebangsaan negara tersebut.

Contohnya, Indonesia melalui 'Sumpah Pemuda' telah memilih bahasa Melayu yang akarnya dari Riau untuk dijadikan bahasa pemersatu yang dinamakan bahasa Indonesia.

Kemudian bahasa Indonesia telah berkembang dengan sendiri dengan menyerap bahasa pertuturan warga dari bahasa-bahasa daerah sehinggakan sebahagian rakyat Malaysia menggelar 'merosakkan bahasa Melayu'.

Sebenarnya, ia cuma berkembang menjadi cabang ranting berbeza.

Sama juga halnya dengan bahasa Melayu versi Malaysia yang telah diambil dari dialek Johor-Riau. Kemudian dialek ini telah dibakukan dan menjadi bahasa kebangsaan bagi rakyat Malaysia.

Bahasa Melayu versi Malaysia juga telah berkembang menjadi cabang dan ranting yang berbeza dari akarnya.

Begitu juga yang berlaku di Okinawa & Jepun. Bahasa Jepun telah ditetapkan sebagai bahasa pemersatu yang digunakan di seluruh negara termasuk Wilayah Okinawa.

Cuma yang menjadi isu adalah, diskriminasi telah menjadikan bahasa Okinawa sekarang ini dikategorikan sebagai 'Endangered'.

Di Malaysia & Indonesia, unified language ini telah pun mengancam kedudukan bahasa-bahasa & dialek-dialek daerah dan negeri yang lainnya walaupun tanpa diskriminasi.

PENGAJARAN

Dari Ryukyu

Bahasa Serumpun Japonic!

Dalam dunia ini, terdapat terlalu banyak bahasa.

Dan dalam setiap rumpun bahasa, kita tidak nafikan akan ada satu bahasa yang dominan.

Cuma kita mengharapkan masyarakat kita sedar bahawa, walau bagaimana banyak pun persamaan antara kedua bahasa tersebut. Setiap bahasa adalah unik.

Kita tidak akan dapat memahami pemikiran masyakat tersebut kecuali melalui bahasa mereka sendiri.

Kehilangan unsur bahasa masyarakat tersebut akan disusuli dengan kehilangan kekayaan dan juga khazanah budaya masyarakat tersebut.

Setiap bahasa itu sama penting!

Patutnya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.

Teks Jepun (terjemahannya dibawah)
Masalah yang timbul

Iya, kita juga tak nafikan keperluan sesebuah negara untuk memiliki bahasa standard yang menjadi unified language (bahasa kesatuan).

Tetapi bukan 'at the expense of other languages'.

Kesannya kepada masyarakat Okinawa adalah

๐Ÿ”ฅ Ramai juga yang faham, tapi tak mampu menuturkannya

๐Ÿ”ฅ Semakin ramai yang tidak mampu menuturkan bahasa tersebut

๐Ÿ”ฅ Mereka tidak lagi mendengar bahasa tersebut dituturkan oleh datuk-nenek mereka

๐Ÿ‘† Semua masalah-masalah yang dialami oleh masyarakat Okinawa adalah masalah yang sama yang dialami oleh masyarakat Jawa di Malaysia.

Saya sendiri dahulu;

๐Ÿ”ฅ Faham bahasa Jawa tetapi tidak mampu menuturkannya

๐Ÿ”ฅ Generasi saya sendiri (rakan-rakan dsb), ramai yang sudah tidak mampu menuturkan bahasa Jawa. Malah, ramai yang langsung tidak peduli pun tentang bahasa Jawa.

Ini yang mungkin akan dihadapi oleh generasi seterusnya;

๐Ÿ”ฅ Anak-anak kita dah tak dengar datuk-nenek mereka bertutur bahasa Jawa (walaupun datuk-nenek mereka mampu menuturkannya)

๐Ÿ”ฅ Generasi cucu kita nanti, dah takkan dengar datuk-nenek mereka (kita lah tuh nanti) menuturkan bahasa Jawa.

๐Ÿ”ฅ Sampai ke generasi cicit kita, bahasa Jawa mungkin sudah pupus di Malaysia.

๐Ÿ‘† Semua ini tidak mustahil akan berlaku, jika kita TIDAK BERBUAT APA-APA!

Ada yang fikir, datuk-nenek mereka menuturkan bahasa asing!

Mungkin akan tiba masanya nanti, jika kita tidak berbuat apa-apa. Anak cucu kita menjadi seperti contoh di atas ini.

Nenek-datuknya bertutur dalam bahasa Jawa, tetapi mereka menyangka yang kita sedang bertutur dalam bahasa asing!

Ini telah pun berlaku dalam kalangan orang yang masih mampu bertutur bahasa Jawa di Malaysia.

Mereka tahu tentang kewujudan bahasa Jawa Halus (Krama), tetapi mereka merasakan bahasa tersebut adalah suatu bahasa yang asing dan bukan bahasa Jawa mereka!

Cuba bayangkan 10 - 20 yang akan datang, bagaimana perasaan anak-cucu kita yang langsung tak pernah dengar sebutir pun perkataan Jawa bila mendengar bahasa Jawa Halus (Krama)?

MUDAHNYA BELAJAR

Bahasa Serumpun

Ada juga yang mengatakan yang bahasa Okinawa mudah dipelajari bagi penutur bahasa Jepun kerana memiliki persamaan.

Ya, saya memang bersetuju dengan perkara ini.

Malah saya sendiri juga ada menunjukkan cara bagaimana kita boleh menterjemahkan secara literal perkataan-demi-perkataan dari bahasa Melayu ke bahasa Jawa.

Jadi, ia memang sangat mudah dan boleh dilakukan.

Jika kita berminat untuk belajar bahasa Jawa Kasar (Ngoko) ataupun Jawa Halus (Krama), saya sarankan untuk terus ke page Belajar Bahasa Jawa (tekan link dibawah ini).

I Wish I Knew This Trick Earlier!
Panduan Langkah-Demi-Langkah Untuk Mula Bertutur Bahasa Jawa! Kepada anak Jawa Malaysia yang serious ingin menguasai bahasa Jawa from scratch, SILA BERHENTI MEMBACA SEBENTAR! Dan kita perlu DO MORE! Dalam posting ini, kita akan bersama-sama bina ayat dalam bahasa Jawa. Sebaik sahaja kita tamat MELAKUKAN latihan ini, insyaAllah saya yakin kita

Kami ada sediakan worksheet untuk anda yang bermula dari kosong!