7 min read

Cara Nak Berjaya Fasih Bertutur Bahasa Jawa Seperti Penutur Jati

Cara Nak Berjaya Fasih Bertutur Bahasa Jawa Seperti Penutur Jati
Photo by James Orr / Unsplash

Saya baru sahaja menonton satu video panjang (berdurasi 47 minit) tentang HOW TO WIN (AT ANYTHING).

Saya rasa, saya boleh ambil essence ataupun gist dari video tersebut dan kongsikannya di sini.

Supaya perkara tersebut boleh kita aplikasikan dalam konteks bagaimana kita hendak BERJAYA mempelajari bertutur bahasa Jawa.

p/s : saya akan kongsikan video-nya di akhir posting ini


Ada 5 elemen penting, untuk kita WIN AT EVERYTHING! iaitu

How to Win (at Everything)

šŸ”„ What
šŸ”„ How
šŸ”„ Why
šŸ”„ Who
šŸ”„ When

Dalam konteks laman ini, adalah bagaimana untuk kita nak BERJAYA bertutur bahasa Jawa sehingga fasih seperti native-speaker!

Jom kita tengok satu-per-satu elemen tersebut. Saya akan terangkan secara ringkas.

WHAT

Apa yang perlu kita lakukan?

Instead of kita fikir...

apa yang kita perlu buat?

Which is sangat banyak lah perkara yang kita nak kena buat. Kita cuma perlu tukar sedikit cara fikir kita...

Kita hanya perlu fikir tentang...

Apa yang kita tidak buat selama kita hidup ini yang menjadikan kita nih sampai sekarang tak reti-reti nak bertutur bahasa Jawa?

Contohnya saya secara peribadi adalah seperti berikut šŸ‘‡

šŸš«
Faham, tapi malu nak bertutur
šŸš«
Tak gunakan bahasa Jawa di rumah
šŸš«
Tak pernah cuba untuk mendalami bahasa Jawa
šŸš«
Anggap bahasa Jawa tak penting (bahasa kampungan & tak ada standard)
šŸš«
Tak pernah jumpa kamus bahasa Jawa

Kita ambil saja point-point yang kita dah buat di atas tadi

Kemudian, kita invert ataupun flip perkara tersebut. Tukarkan perkara tersebut menjadi perkara yang kita perlu buat.

šŸ”„
Faham, tapi malu nak bertutur --> Jangan malu untuk bertutur bahasa Jawa
šŸ”„
Tak gunakan bahasa Jawa di rumah --> Gunakan bahasa Jawa terutama di rumah
šŸ”„
Tak pernah cuba untuk mendalami bahasa Jawa --> Belajar mendalami dan mempelajari bahasa & budaya Jawa
šŸ”„
Anggap bahasa Jawa tak penting (bahasa kampungan & tak ada standard) --> Cari bukti yang bahasa Jawa nih bukan bahasa kampungan & memiliki standard yang tersendiri
šŸ”„
Tak pernah jumpa kamus bahasa Jawa --> Cari kamus bahasa Jawa ataupun bina kamus Jawa sendiri

Langkah yang pertama ini sangat simple.

Iaitu kita identify apa yang kita tak buat yang menjadikan kita seorang loser!

Kita invert ataupun flip perkara tersebut menjadi perkara yang kita harus lakukan supaya kita tidak kekal sebagai seorang loser dan mula menjadi winner!

HOW

Nak buat macam mana?

Kita nih bukannya bodoh!

Cuma kadangkala, kita perlukan detailed steps ataupun apa yang saya sebut sebagai baby steps.

Kita ambil satu item daripada 5 points yang kita dah buat di atas tadi iaitu
JANGAN MALU UNTUK BERTUTUR BAHASA JAWA.

Mungkin kita boleh specific-kan...
WAJIB BERTUTUR BAHASA JAWA SETIAP HARI JUMAAT!
(kita ikut saranan ADUN Ayer Molek, Melaka Datuk Rahmad Mariman)

@melakatv

Jom 'omong' Jawa Setiap Hari Jumaat 10 Mei - Legasi keunikan masyarakat Jawa di Kampung Paya Dalam terus dikekalkan menerusi inisiatif bertutur dalam bahasa Jawa. Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman berkata, pihaknya mencadangkan hari Jumaat dipilih sebagi hari istimewa bertutur bahasa tersebut. Ia bertujuan untuk memastikan generasi muda masa kini tidak hilang identiti masyarakat Jawa itu pada masa akan datang. Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv #Jawa #BahasaJawa #KampungPayaDalam #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

ā™¬ original sound - Melaka TV - Melaka TV

Saranan Bertutur Bahasa Jawa oleh ADUN Ayer Molek Datuk Rahmad Mariman


Whattt?
Nak cakap macam mana? Aku satu haram pun tak tahuuu...

Tapi, macam mana kalau kita berikan panduan langkah-demi-langkah?

Kita terangkan baby steps yang kita perlu ambil, seperti berikut šŸ‘‡

Langkah Untuk Mula Bertutur Bahasa Jawa

  1. Bina ayat dalam bahasa Melayu
  2. Gunakan ayat-ayat yang biasa kita gunakan sehari-hari
  3. Terjemahkan ke dalam bahasa Jawa semampunya
  4. Cari perkataan yang kita tak tahu melalui google translate
  5. Verify perkataan tersebut dalam kamus bahasa Jawa
  6. Link kamus Jawa (sealang.net/java) ataupun (sastra.org/leksikon)
  7. Cuba sebut ayat tersebut
  8. Belajar sebutan Jawa (Ć„, ĆŖ & e), (d & dh) serta (t & th)
  9. Praktis gunakan ayat tersebut setiap hari Jumaat

Rasa-rasanya macam mana?
Senang sikit tak bila ada baby steps nih?

Ingat, kita bukannya bodoh. Cuma kadangkala, kita perlu dituntun dengan penjelasan yang lebih detail supaya kita mampu untuk melaksanakannya. Sebab kita belum acquire skill tersebut lagi.

Selepas kita dah memiliki skill tersebut, boleh lah kita gunakan bahasa simple tadi semula - "jangan lupa setiap hari Jumaat kena cakap bahasa Jawa ya..." - sebab kita dah tahu caranya.

Saya dah sediakan pun baby steps tersebut untuk kita ikuti.

Boleh ke laman panduan langkah-demi-langkah untuk buat latihan praktikal untuk menguasai bahasa Jawa.

WHY

Kenapa aku nak kena buat?

Why ini mainly berkaitan dengan motivasi.

Ramai yang awal-awal excited nak belajar bahasa Jawa. Tapi setelah seminggu dua, excitement tuh dah hilang.

Walaupun kita tahu exactly WHAT & HOW yang kita dah bincangkan tadi. Kita somehow dalam seminggu dua akan hilang motivasi untuk teruskan.

Kadang tak sampai seminggu, baru satu malam jer dah hilang excitement tuh. Saya faham sangat.

Hanya orang-orang yang kuat & extraordinary jer yang mampu bertahan untuk suatu tempoh yang lama.

"What makes you extraordinary is not what you do, it's how long you're willing to do it for..."

Motivasi ini juga berkait dengan deprivation (perasaan kekurangan).

Waktu kita tengah penat buat kerja dibawah panas terik matahari, kita rasa sangat-sangat haus dan lapar. Kita sangat bermotivasi untuk makan & minum.

Tapi lepas kita dah puas makan & minum, kemudian orang datang nak bagi pizza free pun kita tak pandang dah. Sebab dah hilang rasa deprive tuh. Dah tak ada motivasi nak makan. Malah, mungkin rasa nak muntah tengok makanan.

Motivasi kita akan jadi lebih besar, jika gap antara kedudukan kita sekarang dengan apa yang kita nak capai tuh lebih jauh (lebih deprived).


Dalam konteks belajar bahasa Jawa.

Kalau kita nak belajar, hanya kerana kita nak boleh bertutur bahasa Jawa dengan keluarga kat kampung. Kita tak cukup deprive lagi. Kena dig lebih dalam lagi.

Tapi kalau kita belajar bahasa Jawa kerana kita merasakan bahasa Jawa ini bakal punah tak lama lagi di Malaysia. Dan kita ini ingin menjadi saviour penyelamat bahasa Jawa dari kepupusan di bumi Malaysia ini.

Mungkin motivasi kita dan drive kita akan jadi jauh lebih tinggi.
(mungkin sebab itulah saya buat website ini, you all tak buat. šŸ¤£)

Motivasi kita jadi lebih tinggi kerana kita merasa lebih deprived (merasa serba kekurangan).

Tak cukup masa, tak cukup support, tak cukup tools, tak cukup dana, tak cukup manpower, tak cukup skills, tak cukup knowledge, tak cukup media untuk bantu usaha kita nih untuk revive semula bahasa Jawa di Malaysia dsb.

Kita akan lebih bersemangat dan berkobar-kobar berbanding orang yang impiannya hanya nak bertutur sahaja.

Masalah hang tuh kecik ja. Aku ada masalah yang lebih besaq nih hang tau dak? šŸ¤£

WHO

Kita nih nak jadi siapa?

Kita biasa kan tengok video Youtube 'Londo Kampung'.

Bestlah kalau jadi macam Londo Kampung, terer bahasa Jawa...

Lepastuh, kita tengok pula influencer Jepun di TikTok yang boleh bertutur banyak gila bahasa

Aduuuh, bestnya lah kalau aku ada kemahiran banyak bahasa macam Mamat nih...

Kita seringkali mahu menjadi (BE) orang tersebut ataupun memiliki (HAVE) apa yang orang tersebut miliki.

Aku nak jadi macam Khairul Aming lah. Buat video lepastuh viral, lepas tuh jual produk dapat income juta-juta, treat pekerja elok-elok tapi hidup simple jer pakai Bezza... Boleh travel ke luar negara, jumpa PM New Zealand dsb.

Influencer with brains

Kita nak sangat jadi (BE) seperti Khairul Aming serta memiliki (HAVE) apa yang Khairul Aming kecapi hari ini.

Tapi setiap hari kita hanya membongak jer menghadap telefon tengok TikTok tanpa sebarang action. Memang tak jadi lah.


Satu-satunya cara untuk kita menjadi (BE) dan memiliki (HAVE) perkara tersebut adalah dengan mengambil tindakan (DO).

šŸ”„
Kita praktis cakap (DO) bahasa Jawa --> Kita akan jadi (BE) fasih seperti Cak Dave Londo Kampung
šŸ”„
Kita rajin buat (DO) content seperti Londo Kampung --> Kita akan memiliki (HAVE) followers ramai seperti Londo Kampung
Do More!

WHEN

Busy lah! Bila nak kena start?

The best time to start is NOW!

Tapi aku sibuk lah...

Nantilah aku belajar bahasa Jawa bila aku dah free nanti...


Kita selalu fikir macam nih kan?

Kita sedar tak?

Sekarang nih kita busy, jadi kita tak praktis cakap bahasa Jawa.
Kita plan bila kita dah free nanti, kita akan mula belajar bahasa Jawa.
Tetiba lepastuh kita busy balik, kita pun tinggalkan praktis bertutur bahasa Jawa.

Then bila nak start balik, rasa susah & berat sebab banyak pulak dah lupa.


Bila kita buat suatu perubahan tuh, tentulah kita nak perubahan tingkahlaku kita tuh berkekalan sampai bila-bila. PERMANENT!

Bukannya ON-OFF, ON-OFF!

Jadi sebaiknya kita bermula dengan habit baru tuh SEKARANG iaitu ketika kita sedang sibuk.

Kita slot-in waktu untuk belajar bahasa Jawa di tengah-tengah jadual kita yang padat.

Bila kita berjaya buat perkara tersebut ketika kita super sibuk, time kita free pun insyaAllah kita akan kekal dapat terus melakukan perkara tersebut.


Cara fikir lama kita tuh (start buat bila free) seolah-olah kita fikir macam nih

Aku nak start masuk gym bila aku dah ada 6-pack
Aku nak start diet, bila aku dah kurus nanti!

Ataupun

Aku nak kahwin, lepas aku dah ada anak

Songsang teruk cara pemikiran kita nih. Patutlah tak win-win. šŸ¤£

SUMMARY

Ringkasan

WHEN - NOW!

Nak mulakan habit baru untuk bertutur bahasa Jawa, mulakan sekarang! Lebih bagus, kalau sekarang ini kita tengah busy.

WHO - DO!

Kita perlu terus praktis bahasa Jawa (DO) sebab kita ingin menjadi (BE) orang Jawa Malaysia yang memiliki (HAVE) jatidiri yang kuat sebagai orang Jawa.

WHY - DEPRIVATION!

Kerana bahasa Jawa di Malaysia ini desperate needs us!

Bahasa Jawa nih di Malaysia sikit jer lagi dah nak pupus dah (statusnya Moribund sekarang ini).

Kita ini satu-satunya orang yang diharapkan dapat menyelamatkan bahasa Jawa di Malaysia ini dari kepupusan.

Kalau bukan kita, nak harapkan siapa lagi?

HOW - TAKE BABY STEPS!

Walaupun kita tahu betapa serious-nya masalah ini di Malaysia, usah terburu-buru. Chillex!

Take baby-steps, kita belajar langkah-demi-langkah. Kemudian kita sebarkan pula ilmu tersebut pada rakan-rakan Jawa kita yang lain.

Jangan sindir orang lain kalau mereka tak tahu. Kongsikan baby-steps pada mereka pula.

Kita susun langkah supaya bahasa Jawa kekal lestari serta digunakan oleh masyarakat Jawa di Malaysia serta generasi seterusnya.

WHAT - FLIP!

Kita ubah kembali kebiasaan masyarakat Jawa di Malaysia bermula dari diri kita sendiri.

Kalau sebelum ini, kita buat tak peduli jer dengan bahasa Jawa. Mulai sekarang, bermula dengan diri kita serta keluarga kita, kita tanamkan peri pentingnya bahasa Jawa.

Kita pun mestilah kena ada knowledge tentang kehebatan, keunikan serta kekuatan bahasa Jawa supaya boleh influence orang lain untuk turut sama.

VIDEO RUJUKAN

How to Win (At Anything)