APAKAH PERBEZAAN ANTARA
CELENG vs CELENGAN
Dalam bahasa Jawa, 'celeng' tuh bermaksud babi hutan. Manakala 'babi' pula digunakan untuk describe babi yang biasanya diternak.
Walaupun kedua-duanya masih babi. Celeng itu babi hutan yang liar dan tangkas, manakala babi biasanya lebih jinak.
Celeng pantang dicabar, tapi babi hanya pantang kalau tak cukup makan! 😂
Dua-duanya tetap merupakan babi, tapi dengan gaya hidup yang berbeza.
Tapi apakah itu 'celengan'?
Adakah 'celengan' tuh bermaksud babi-babi hutan yang banyak?
Kita akan tengok sebentar lagi, tapi sebelum tuh meh kita tengok dulu istilah untuk babi dalam bahasa Jawa halus.
Yang peliknya, walaupun babi ini adalah sejenis haiwan yang hina. Tapi orang Jawa tetap memberikan nama khas dalam bahasa Jawa Halus.
Seolah-olah macam sebuah penghormatan pula. 😂
Babi tiada bahasa Jawa Halus-nya. Sama ada Ngoko ataupun Krama, kita hanya sebut ianya sebagai babi.
Manakala untuk 'celeng', dalam bahasa Jawa halusnya disebut sebagai 'andhapan'.
Babi Hutan
🔥 Ngoko : Celeng
🔥 Krama : Andhapan
'Andhapan' ini berasal dari perkataan 'andhap' yang bermaksud 'rendah' ataupun 'bawah'.
Bawah
🔥 Ngoko : Isor
🔥 Krama : Andhap
Rendah / Pendek
🔥 Ngoko : Cêndhêk / Cêndhak / Cêndhek
🔥 Krama : Andhap
Mungkin kerana babi hutan ini merupakan binatang kelas bawahan yang direndahkan.
Kalau dalam masyarakat Melayu, menyebut 'babi' tuh mungkin dianggap kurang sopan atau seolah mencarut. Lantas kita lebih cenderung untuk menyebut binatang tersebut dengan sebutan 'khinzir'.
Mungkin begitu juga bagi masyarakat Jawa. Celeng itu dirasakan kasar, lantas diberi sebutan yang lebih halus iaitu 'andhapan'.
Kita juga maklum yang babi ini sejenis haiwan yang membiak dengan sangat cepat.
Jadi masyarakat Jawa juga ada memberi nama khusus untuk anak babi iaitu 'gêmbluk' manakala anak celeng (babi hutan) dipanggil 'gênjik'.
PIGGYBANK
Celengan dalam bahasa Jawa pula bermaksud 'tabung' ataupun 'piggybank'.
Salah satu bukti terawal tentang celengan (piggybank) adalah dari zaman Kerajaan Majapahit (abad ke-14).
Di mana telah ditemukan sejumlah besar artifak di tapak Arkeologi Trowulan, Mojokerto, Jawa Timur yang berbentuk tabung-tabung yang berupa celeng (babi hutan).
Trowulan ini merupakan Ibu Kota bagi Empayar Majapahit.
Celengan yang ditemukan tersebut diperbuat dari tanah liat (terra-cota) dan berbentuk babi hutan.
Persoalannya, kenapa babi?
Mungkin salah satu perkara yang diperhatikan oleh masyarakat Jawa ketika itu adalah haiwan ini manak (melahirkan anak) dengan sangat banyak.
Haiwan ini juga merupakan simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah dan juga sebuah harapan supaya duit yang disimpan di dalamnya akan berkembang dan beranak-pinak dengan banyak.
Hari ini, walaupun tabung-tabung modern yang dihasilkan tidak lagi berbentuk babi hutan. Sebaliknya ada yang berbentuk ayam serta haiwan-haiwan lain ataupun dalam bentuk senibina bangunan.
Namun masyarakat Jawa tetap memanggil tabungan mereka sebagai celengan.
Dan perbuatan menyimpan duit juga tetap disebut sebagai nyelengi (menabung).
Member discussion